Thursday, December 16, 2010

Pertemuan Semula Rakan-rakan SMPC

Seronoknya dapat bersua muka semula setelah sekian lama berpisah. Pertemuan yang akan menjadi detik permulaan persahabatan yang akan berkekalan sehingga akhirnya. Lakaran pertemuan semula di Mes Pegawai di Pengkalan Chepa pada 07 Disember 2010. Masing-masing sibuk bertanya khabar, tak kurang juga yang bertanya " ni siapa", lantaran tidak dapat mengecam rupa paras dek berlakunya perubahan akibat perubahan masa, tak kurang juga yang berubah dek perbezaan saiz badan.... he he he. Sory.... ( Ibrahim )







Sunday, October 31, 2010

Reunion Ex-SMPC 81

Saya Wan  Rohaya (Aya), Hj Halim, Sheikh Ahmad Zawawi  mewaklili Comuniti Ex-SMPC 81 ingin menjemput semua sahabat ke perjumpaan semula  @ Hi-Tea pada:-


Tarikh    :    5hb. Nov. 2010,  Jumaat ( Hari Deepavali )


Masa     :     3.00 petang


Tempat  :     Hotel The ZON, Persiaran KLCC ( Sebelah Masjid  As-Syakirin )


Bayaran :     RM 35 dewasa, RM 20 kanak-kanak


Untuk pengesahan, rakan-rakan boleh menghubungi Aya di talian 012 399 7518


Sekian, terima kasih.
Ibrahim.

Wednesday, October 13, 2010

Jejak Kasih 1



MOHD YUSOFF BIN HAMAT
Sekarang berada di SM Teknik Pasir Mas, Kelantan, sebagai guru.

Tuesday, October 12, 2010

PENYAMBUNG WARISAN

Tahniah kepada rakan kita Pn. Sabariah bt Zakaria yang bertugas sebagai Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik di SMPC @ SMKPC1. Beliau ibarat sirih pulang ke gagang yang meneruskan perjuangan bekas guru-guru kita dahulu mendidik anak-anak SMPC @ SMKPC1.
Tak kurang juga dengan rakan-rakan lain yang turut bergelar GURU.
Terima kasih kepada  bekas-bekas guru kita dahulu yang telah mendidik kita semua menjadi seperti apa yang kita jadi pada hari ini. Kebanyakan kita semua sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

Sunday, October 10, 2010

TINGKATAN 5 - 1981

Tingkatan 5SN1
Duduk dari kiri : Rosniah, Nazri, Cikgu, Cikgu, Cikgu Azim, Cikgu, HM: Mohamad sahibuddin Mohd Noor, Cikgu, Cikgu Mohd Nor, Cikgu Bio, Cikgu BI, Cikgu Yusof (Kimia), Hasmarulzakim.
Berdiri dari kiri : Che Zakaria, Rosli,Saifuddin, Rosman, Jamil, Noraishah, Kamariah, Sabariah, xx, Nik Nurma, Wan Hasnah, Mohd Zaki, Mazlan, Kamaluddin, Ibrahim, Mohd Yussof.
Berdiri belakang dari : Razali Latif, Fauzi, Hassan, Arwah Azhar, Razali Yaacob, Azmi, Ab Rahim, Zuhairi, Lee@Mohd Dzul Badzli, Mohd Hasbi, Mohd Inderan, Mohd Zawawi, Mahusin, Wan Mustapha, Shukri.

Tingkatan 5....

Pertemuan Selepas 28 Tahun

Buat pertama kalinya, kita orang bertemu selepas menamatkan alam persekolahan di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa pada tahun 1981. Selepas menduduki peperiksaan SPM, setiap kami mengikut haluan masing-masing. Oleh sebab sistem komunikasi pada masa itu amat terhad, maka kami semua terputus hubungan, sehinggalah kecanggihan teknologi komunikasi masa kini mempertemukan kami semula.
Pada 06 Oktober 2010 bertempat di restoran Madam Kwans, Suria KLCC, kami bertemu mata buat pertama kalinya selepas berpisah.